Isnin, 18 Ogos 2014

Masih Ada Bahagia


Terlihat seorang gadis sedang termenung jauh di sebuah pantai. Ya gadis itu Aisya Amanina, kelihatan dia sedang menangis. Untuk apakah dia menangis,untuk apa dia perlu bersedih.Aisya masih lagi berharap keajaiban akan berlaku. Dia kini sedang menangis kerana lelaki,sedang bersedih jupa kerana lelaki. Atas alasan apa,semestinya soal hati dan perasaan.Bagi Aisya Amanina, dia tidak menyesal dan terkilan kerana mengenali Muhammad Firdaus,tetapi dia marah dan menyesal kerana menyayangi lelaki itu, ia satu kenyataan yang menyakitkan. Bertambah sakit bila cintanya bertepuk sebelah tangan. pedih hatinya bila mengingati kenangan lalu. "Aisya, cepatlah kang diorang datang." kata Amy. Kalut benar gadis itu.Macam setahun tak jumpa kekasih. Perasaannya juga gembira,mana tidaknya nak jumpa jejaka idaman. Muhammad Firdaus, sekarang nie hubungan mereka semakin rapat. "Eh Amy,kau rasakan Fir suka aku tak?" Tanya Aisya. "Apa punya soalan la yang kau tanya. Mestilah dia suka,kalau tak,tidaknya di nak datang jumpa kau setiap kali aku keluar dengan Ariel." Marah Aisya. Balas Amy. " Tapikan Amy,dia tak pernah cakap yang dia suka aku,nak kata sayang lagi la ." Kata Aisya lagi. " Hari nie dia nak jumpa pon sebab nak buat suprise kan,aku rasa mesti dia nak luahkan perasaan dia kat kau Sya, entah-entah dia lamar kau terus." Kata Amy. "Ishh, kau nie Amy jangan nak mengadalah.Terdengar bunyi hon kereta berbunyi di luar rumah. "Dah sampai,dah jomlah." kata Amy. Namun derap langkah Aisya menjadi kaku bila melihat bayang seorang gadis yang sangat cantik, jauh beza dengan Aisya yang berbadan agak gempal. Hatinya berdegup laju. Banyak persoalan yang timbul dibenaknya. Siapakah gadis itu, adiknya? kakaknya? tapi bukankah Ariel dan Firdaus tiada adik atau kakak.Ya Allah!!! Firdaus melangkah kepadanya dengan memegang tangn perempuan itu. Amy disebelahnya juga turut terkaku melihat adegan itu. "Aisya, Amy kenalkan nie Maria,buah hati pengarang jantung Fir. Sayang nie Aisya dan yang nie Amy." Firdaus memperkenalkan mereka. Sekaligus merungkai segala persoalan di benak Aisya. Ingin rasanya dia menjerit dikala itu,tetapi dia masih ada harga diri. Inikah kejutan yang ingin diberikan kepadanya. Terasa tanannya digenggam. Tangan Amy!!! tiada kata yang dapat diungkapkan. Terkejut! Tergamam! Ya, siapa sangka. Aku cuba mengawal riak wajah supaya tak terlihat. Hancurnya hati diri sendiri yang tahu. Suara akau kawal. "Assalammualaikum, hai, saya Aisya, Aisya Amanina." Tangan aku hulurkan. Lama tanganku direnung sebelum menyambut. " Waalaikummussalam. Maria. Jadi inilah Aisya. Hurm, not bad." Sinis sekali. Laju jari-jemarinya merangkul erat lengan kekasih hati. Aisya direnung. "Perempuan tak sedar diri, badan macam badak tapi nak menggatal dengan Firdaus." kutuknya dalam hati. Dari cara Aisya, dia seperti tahu yang Aisya menyukai Firdaus.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan